27 Sept 2009
Pagi tadi telah berlangsungnya bengkel matematik untuk pelajar BBMP1103 semester Sept 2009 di OUM Perak. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Pengarahnya sendiri iaitu Richard Ng dengan menggunakan model pengajaran Online Supplemental Instruction (OSI).
Peserta bengkel sedang giat membuat perbincangan mengenai soalan matematik yang diberikan
Seramai 9 orang pelajar telah hadir daripada sejumlah 30 orang yang disasarkan. Walaupun kehadiran amat menghampakan tetapi semangat yang ditunjukkan oleh pelajar yang hadir merupakan satu petanda baik.
Fong Choi Feng, salah seorang peserta sedang menulis jalan kerjanya sambil diperhatikan rakan-rakan lain
Shamini, salah seorang peserta bengkel sedang mewakili kumpulan 2 untuk memberikan penjelasan jalan kerja soalan matematik yang diberi
Rata-rata pelajar yang hadir mempunyai profil yang hampir sama iaitu mereka kebanyakannya mendapat gred yang kurang baik pada peringkat SPM dan telah meningalkan sekolah lebih dari 6 tahun sebelum memasukki Open University Malaysia (OUM).
Para peserta sedang belajar cara menggunakan Equation Editor
Dalam bengkel ii para pelajar telah didedahkan dengan matematik asas di mana mereka diajar operasi nombor serta aljebra. Pada akhir setiap sesi, pelajar dikehendaki melantik seorang wakil untuk tampil ke hadapan memberikan penerangan cara menjawa sesuatu soalan yang diberikan.
Tangarajie dan Zolpakar sedang mempelajari cara menggunakan Equation Editor
Kemuncak kepada bengkel ini ialah para pelajar diajar cara menggunakan perisian Microsoft Equation Editor untuk menaip simbol matematik. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebuah laptop. Bilangan pelajar yang kurang membolehkan semua pelajar berpeluang menggunakan Equation Editor secara Hands-on.
Pada akhir sesi bengkel ini, para peserta nampak lebih berkeyakinan. Mereka juga telah didedahkan dengan model pembelajaran OSI di mana semua peserta diingatkan untuk menjadi mentor kepada rakan-rakan lain yang perlukan bantuan mereka dalam matematik.
Bengkel ini yang bermula pada jam 8.30pg tamant pada jam 1.15tgh. Pelajar disediakan minimum dan makanan ringan oleh pihak OUM.
No comments:
Post a Comment