Sunday, January 11, 2009

Bengkel Pra-Tutorial Matematik @ OUM Perak

OUM Perak akan menjalankan satu bengkel pra-tutorial matematik sebagai persediaan awal untuk pelajar-pelajar yang bakal mengambil subjek SBMA 1103 Matematik Persediaan dan BBMP 1103 Matematik Pengurusan untuk semester Januari 2009.

Pelajar yang hadir sedang menumpukan perhatian mereka pada pemudahcara bengkel

Butiran lanjut bengkel adalah seperti berikut:

Tarikh: 17 Januari 2009 (Sabtu)

Masa: 8.30pg - 1.30ptg

Tempat: PP Perak (Jln Lim Bo Seng)

Pemudahcara: Richard Ng

Aturcara Bengkel:

8.30pg - 10.00pg - Berjinak dengan Matematik

10.00pg - 10.15pg - Tea Break

10.15pg - 10.45pg - Pembentangan Kumpulan

10.45pg - 12.00tgh - Memahami Kaedah menggunakan Equation Editor

12.00tgh - 1.30ptg - Memahami cara membuat dan menjawab posting dalm LMS

Pelajar sedang membuat perbincangan mengenai soalan yang diberikan

Semua pelajar yang mengambil subjek tersebut di atas diwajibkan hadir. Ini adalah kerana dalam dua semester yang lepas telah terbukti bahawa bengkel ini telah banyak pelajar mengatasi berbagai masalah berkaitan dengan pembelajaran matematik atas talian.

Bengkel ini adalah sebahagian daripada model pengajaran matematik baru yang telah memenangi pingat perak di persidangan antarabangsa di Tian Jin, Cina anjuran Asian Association of Open Universities (AAOU).

No comments: