Tuesday, September 15, 2009

Bengkel Persediaan Matematik @ OUM Perak

15 Sept, 2009

Bengkel Persediaan Matematik untuk pelajar semester Sept 2009 yang mengambil subjek BBMP1103 (Matematik Pengurusan) dan SBMA1103 (Matematik Persediaan) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 27 Sept, 2009 (Ahad)

Tempat: OUM Perak (Jln Lim Bo Seng)

Masa: 8.30pg - 12.30tgh

Fasilitator: Richard Ng


Bengkel ini bertujuan untuk membantu pelajar memahirkan diri dalam menggunakan perisian Equation Editor yakni sejenis perisian yang dapat membantu pelajar menaip simbol matematik supaya pelajar dapat menyediakan soalan tugasan serta menghantar soalan atau jawapan untuk dikongsikan dalam perbincangan atas talian.

Pelajar juga akan didedahkan dengan kaedah menjawab soalan matematik semasa peperiksaan nanti.

Oleh kerana tempat adalah terhad kepada 40 orang pelajar sahaja, sesiapa yang berminat bolehlah menempah tempat anda secara "first come first serve". Sila hubungi Puan Ilah atau En. Sharizal di talian 05-2546006 untuk membuat booking.

Tiada bayaran dikenakan. Walau bagaimanapun pelajar bolehlah menderma kepada tabung amal kami untuk kami hulurkan kepada rumah anak yatim yang terpilih semasa sambutan Hari Deparaya yang akan diadakan tidak lama lagi.

No comments: